SINOPSIS
Kisah bermula dengan kemunculan tetamu-tetamu misteri
di hadapan pintu pagar rumah Sukma tepat pada pukul 6:20. Bermula pada hari
Isnin , rumahnya didatangi wanita tua , dan pada hari-hari yang berikutnya
didatangi budak lelaki. Kedatangan tetamu-tetamu misteri pada waktu itu
menerbitkan perasaan hairan dan meresahkan hati Sukma. Tetamu-tetamu misteri
itu muncul dan hilang begitu sahaja.
Walaupun kedatangan tetamu-tetamu misteri itu menjadi tanda Tanya , Sukma tetap
menjalani kehidupan sebagai mahasiswa dengan baik. Sukma bijak dan aktif di
kampusnya. Sikapnya disenangi oleh rakan-rakannya seperti Teja , Jerry , Alvin
dan Rafiq. Dalam pada itu , perubahan sikap Jerry merisaukan Sukma dan dia
berusaha untuk mencari jawapannya.
Akhirnya , Sukma mengetahui tentang penglibatan Jerry dalam kelab WX2.
Kelab itu dianggotai oleh sekumpulan remaja yang memiliki fahaman baharu.
Mereka memperjuangkan gagasan kebebasan mutlak secara senyap. Sejak Jerry
terlibat dalam kumpulan itu , kehidupannya menjadi tidak terurus. Sukma dan
rakan-rakannya berusaha untuk merungkaikan permasalahan Jerry.
Ruang sepi di Kelab WX2 menjadi tempat pertemuan untuk anggota-anggotanya
mengatur agenda. Kegiatan yang dijalankan begitu licik dan sukar dikesan.
Selain Jerry , Iskandar dan Reny turut menganggotai kumpulan itu. Sukma
mendesak Iskandar untuk membongkar aktiviti kumpulan itu yang sebenarnya ,
namun Iskandar tetap mempertahankan dan menafikan segala sangkaan buruk Sukma.
Pada masa yang sama , misteri kedatangan tetamu ke rumahnya pada pukul 6:20
setiap pagi itu turut terdedah. Daripada rahsia yang dibongkar oleh
tetamu-tetamu misteri itu , Sukma mengetahui sejarah ibunya yang tidak
diketahui oleh ayahnya sendiri. Rupa-rupaynya , Puan Delia , ibu Sukma
mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. Ibunya memainkan peranan besar dalam
mempengaruhi pemikiran golongan remaja hingga menyesatkan cara hidup dan akidah
mereka.
Tuan Haji Syaqir tidak menyangka bahawa isterinya mempunyai kuasa dan pengaruh
yang begitu besar untuk melakukan rusuhan. Dengan bantuan Kak Ros dan kerjasama
yang diberikan oleh Iskandar , pihak berkuasa Berjaya mematahkan agenda kumpulan
tersebut melalui suatu operasi yang dirancang dengan begitu rapi.
Sukma bersyukur apabila segala sangkaan buruk terhadap ibunya salah belaka.
Ibunya bukan pengkhianat bangsa , sebaliknya perisik rahsia yang ditugas untuk
menumpaskan kumpulan tersebut. Malangnya , ibu Sukma mengalami kecederaan
hingga menyebabkannya menjadi koma akibat daripada tembakan yang mengenainya.
Sukma bangga akan ibunya sedar daripada koma supaya dia dapat memohon
maaf daripadanya.
INTI
PATI BAB
Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat
jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak
Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya,
Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak
mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua
tersebut sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga
dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun
Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.
Bab 2 – Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul
di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya
daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki
tersebut atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya,
Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanya
tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka berpendapat
mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan
mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah,
Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang
pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu. Dalam pada
itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan punca dia
tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda
perasaan.
Bab 3 – Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar
namun dia disindir oleh ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah
dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor. Di pintu pagar, muncul
dua ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna
putih. Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. Ayah Sukma
mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang
kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan
permintaan ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang
semasa sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan
topik ‘Kemasyarakatan Islam’. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu
misteri 6:20.
Bab 4 – Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang
kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia tiga tahun yang
menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Pada majlis tersebut juga, Sukma
bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar
kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka
melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika
dalam majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu
pagar rumahnya pada pukul 6:20 subuh Isnin lalu tetapi tidak berkesempatan
berjumpa dengannya.
Bab 5 – Khamis
Jam menunjukkan 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak
lelaki berusia lima tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir. Sebaik
ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya
soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma
kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di
bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja
tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar
tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang
mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya sentiasa berkumpul di dalam
bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan
rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan
penindasan melanda dunia. Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan
menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.
Bab 6 – Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu
misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya
mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka.
Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya
membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe
milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di sana, mereka
berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda
dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar
pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah
guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12
tahun di kawasan perumahannya.
Bab 7- Jumaat
Jam menunjukkan pukul 6:20 pagi, Sukma menunggu di
bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang
pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya
masuk ke rumah untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu
memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang
terdengar suara ibu terus melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin mencari
Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim
di kawasan sekitar perumahannya. Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke
rumah. Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak
Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda
Sukma. Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu
daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul. Selepas
peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism.
Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq
memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang
dilakukannya semalam.
Bab 8 – Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry
yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab
WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang. Di
seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya.
Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang
kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut
terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry
yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan
dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan
mereka pada malam itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh
mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang
meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma
dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan ruang
sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin
masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya
memerhatikannya.
Bab 9 – Jumaat Malam
Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang
menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada
anak muda dan Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk
berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara
lain. Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk
menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia
ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma
berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang
pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut
ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam
bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk
meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk
membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20.
Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin.
Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat
remaja berkumpul, berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki
Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia
tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry.
Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi
mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang
dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry
yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan
hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia
bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat
pilihan.
Bab 10 – Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul
di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal
usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma
menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di
dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu. Sukma berjumpa
dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut oleh
Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui
tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat
di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung
menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada
kelab ekslusif.
Bab 11 – Sabtu Lagi
Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma
berasa agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya
berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok mencerita tentang aktiviti yang
dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan
terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan. Sukma
berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan
kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang
bernama Reny dan misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan
merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap
Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang
Jerry. Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus
mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan
Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk
perdebatan dan perkongsian idea.
Bab 12 – Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah
Leong. Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada
waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada
Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti
neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma mengajak Aim ke rumahnya.
Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanya tentang Kelab WX2
kepada Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan
yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab
tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi
kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan yang
dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi
tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah
bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa
Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan Aim
keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan
daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam
biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan
penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi
hari. Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma
mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.
Bab 13 – Sabtu Petang
Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk
meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga
ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma. Buku
itu menceritakan cara-cara menangani tekanan. Sukma tidak menyenangi cara
ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba
menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon
maaf kepada ibunya nanti. Sukma berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas
sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang
masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma
mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah
melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang
tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang
mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.
Bab 14 – Sabtu Malam
Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk
bertemu dengan Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di
belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi
dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah
diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak. Masyarakat di
situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim
menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang
menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan ruang sepi
kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang
kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang
sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma
beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan bukannya yang
menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar
Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada nenek kerana
terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma
pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang
sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama dua bulan. Nenek juga memberitahu
tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas.
Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusiaempat bulan ada tergantung di
rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda
tanya kepada Sukma.
Bab 15 – Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak
terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah
pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal
jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang
dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua perkara yang
telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana
dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma
dan Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab
WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim.
Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma
pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah
berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa
sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka sangat
cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini
juga terdiri daripada 80 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun.
Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma
kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh
ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan
sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan
ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia.
Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan
apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar,
mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk
melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak
Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry
dan Iskandar.
Bab 16 – Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi
telah didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin
kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan
Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu
ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba mendapatkan
penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut.
Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh
Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan
menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta
ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah
berlaku dan siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.
Bab 17 – Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di
hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis
Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah
datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya
akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi kerjasama dengan
membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran
kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan
kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan
kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair
yang berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan aktiviti
mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi,
terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas
kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini
diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka.
Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu ialah
ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.
Bab 18 – Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa
Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul
iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti
mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan
membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan
tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia
telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu
Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar
menghindari aktivis seperti itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan
maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat
yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat
tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.
Bab 19 – Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya
terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang
menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan
pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan
Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli
kumpulan itu semasa operasi.
TEMA DAN PERSOALAN
TEMA
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat
yangmempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq
dan Teja yang berusaha gigihuntuk menyelamatkan golongan remaja
(pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyutdengan
pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai
kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.
PERSOALAN
Antara
persoalan daripada novel ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya ,
contohnya , ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan
tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan
Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya. Seterusnya , konflik dalam keluarga ,
contohnya , ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah
membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya. Selanjutnya ,
tanggungjawab seorang sahabat . Contohnya , Jerry sanggup membantu Sukma dengan
memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya
terancam.Selain itu , berani menegakkan kebenaran. Contohnya, Sukma ,
Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan
kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui
keadaan sebenar kelab tersebut. Di samping itu , menunaikan ketaatan terhadap
perintah tuhan. Contohnya , Tuan Haji Syaqir dan SUkma tidak lupa menunaikan
solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Akhir sekali ,
prihatin terhadap masalah orang lain. Contohnya , Tuan Haji Syaqir berusaha
mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit
Ehsan.
WATAK DAN PERWATAKAN
SUKMA
Dia seorang gadis yang berusia 19 tahun dan pelajar sebuah pusat pengajian
tinggi dalam bidang sains politik. Dia ialah anak tunggal seorang pemimpin
masyarakat , iaitu Haji Syaqir. Dia merupakan seorang yang tegas dan sangat
rajin. Dia sangat mudah bersimpati dan penyayang. Dia memiliki pengetahuan yang
sangat tinggi dan berfikitan matang. Dia juga seorang yang berani untuk
berdepan dengan sesiapa sahaja demi menegakkan kebenaran . Sukma seorang gadis
yang sangat kuat berpegang kepada budaya timur . Ayahnya memujinya kerana sifat
ketimurannya itu.
RAFIQ
Dia pernah tinggal di luar negara dan kembali ke tanah air. Dia merupakan
seorang pemuda yang berwawasan dan berperibadi mulia . Rafiq menghormati ayah
Sukma ketika berada di rumah gadis itu. Dia sangat suka membantu. Rafiq
membantu Sukma untuk bertemu dengan abang Aim untuk menyelesaikan misteri yang
menyelubungi hidup gadis itu. Dia ialah oemuda yang berani. Dia mematahkan
serangan Jerry dan Berjaya membuatkan Jerry berubah. Dian anak keluarga kaya
tetapi tidak dimanjakan dengan kemewahan. Dia dididik supaya menghargai diri
sendiri.
ISKANDAR
Iskandar seorang pemuda yang agresif dan suka memandang rendah terhadap orang
lain. Dia juga sangat memandang tinggi budaya dan pemikiran barat tentang
kebebasan. Akibatnya dia telah terjebak dengan aktiviti Kumpulan Ruang Sepi di
Kelab WX2. Dia juga suka menyindir dan gemar bertengkar. Dia akan bertengkar
dengan Sukma setiap kali mereka berjumpa.
PUAN DELIA
Ibu kepada Sukma. Beliau merupakan seorang wanita yang berpendidikan
tinggi dan mendapat pendidikan di barat. Beliau sangat mengambil berat terhadap
anaknya Sukma. Beliau sering meminta Sukma menyiasat latar belakang orang yang
datang ke rumah mereka. Beliau telah membantu pihak berkuasa untuk membanteras
kegiatan Kumpulan Ruang Sepi yang memesongkan pemikiran remaja. Beliau seorang
wanita yang berani. Semasa serbuan dibuat di Kelab WX2 beliau turut berada di
situ sehingga menyebabkan beliau ditembak oleh anggota kumpulan berkenaan.
PLOT
Secara keseluruhannya plot 6:20 digarap
mengikut kronologi. Garapan plot itu terbahagi kepada 4 bahagian:-
1.
Permulaan
Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran
tetamu di depan pintu pagar rumahnya pada jam 6.20 pagi.
Ibunya Puan Delia melarang Sukma
daripada bertemu dengan mereka.
Sukma begitu berminat untuk mengetahui
misteri di sebalik kehadiran tetamu itu.
2.
Perkembangan
Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan
perasaan.
Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman
dan Reny yang akan mengadakan persembahan tarian Sarawak.
Jery bercerita tentang ruang sepi yang
terdapat pada kelab WX2.
Sukma telah pergi menyiasat ke Kelab WX2
dan bertemu dengan Iskandar.
Sukma berjumpa dengan abang Aim.
3. Klimaks
Kak Ros ingin menemui Sukma untuk
mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.
Jery telah memberi maklumat kepada pihak
polis.
Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan
Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
Pihak polis telah berjaya membuat
tangkapan.
4.
Peleraian
Ibu Sukma koma di hospital akibat
terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi polis.
TEKNIK
PLOT
Teknik
pemerian
- gambaran suasana dengan jelas. Tiba di luar
kedai, saya hulurkan kesemuanya kepada Aim. Anak kecil itu tersenyum lebar dan
meloncat-loncat gembira. senang hati saya melihat reaksinya. ( m/s 144)
Teknik Dialog
- perbualan antara 2 orang atau lebih -
Contohnya, perbualan antara Sukma dan Pak Rashid. " Apa agendanya Pak
Rashid?" " Bukan Pak Rashid yang patut beritahu kamu. Apa yang Pak
Rashid boleh katakan, cuba Sukma ikut gerak hati Sukma sekarang ini...."
(m/s: 156)
Teknik
monolog
- watak berkata-kata dengan dirinya sendiri -
Ibu tiba-tiba muram. Saya tergamam. Adakah kata-kata saya tadi amat menyentuh
hatinya? (m/s 55)
GAYA BAHASA
Penggunaan
peribahasa
- " Isy, terasa macam
lepas laku pula tadi.." (m/s 21), Apakah yang ada di dalam kelab
sehingga membuatkan iskandar yang saya anggap berhati kering pun boleh jadi
tidak tenteram? (m/s 90)
Bahasa
Inggeris
- metal, underground, fall
from grace
Simile
- kaku seperti patung
cendana, bersolek pucat seperti mayat
Metafora
- kerusi panas, pintu jawapan
LATAR
Latar Masa
i.
6:20 pagi
Contoh:
Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak
dikenali di hadapan rumahnya.
ii. Petang
Contoh:
Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.
iii.
Senja
Contoh:
Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.
iv.
Malam
Contoh:
Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood
Latar Tempat
i. Banglo Taman Megah
Contoh:
Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.
ii. Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor
Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
iii. Balkoni kamar
Contoh:
Perbualan antara ibu dengan Sukma.
iv. Rumah Ehsan
Contoh:
Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.
v. Kafe Flora
Contoh:
Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang
diketuai oleh Erman.
vi. Di pintu pagar rumah
Contoh:
Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan
Contoh:
Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.
vii. Tempat rehat
Contoh:
Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja
kumpulan mereka.
viii. Kelab WX2
Contoh:
Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.
ix. Warung Pak Alias
Contoh:
Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan.
x. Rumah Aim
Contoh:
Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.
xi. Rumah Tuk Siak
Contoh:Sukma
dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.
xii. Kawasan tanah perkuburan
Contoh:
Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal
dunia dua tahun lepas.
xiii. Bangunan biru di hujung daerah
Contoh:
Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan
terhadap mereka.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat pelajar universiti.
Contoh:
Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan
Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.
ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.
Contoh:
Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2
dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan
kumpulan tersebut.
iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Contoh:
Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.
iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam
perjuangan
Contoh:
Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut
bertindak ganas.
v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Contoh:
Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah
lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.
vi. Masyarakat yang berdikari.
Contoh:
Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah
untuk menyara kehidupan.
vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran
Barat.
Contoh:
Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan
kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.
NILAI
i.Nilai kasih sayang
Contoh:
Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang
dikatakan mengalami tekanan perasaan.
ii. Nilai prihatin
Contoh:
Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung
dan rawatan kulit Ehsan.
iii. Nilai setiakawan
Sukma
dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu
Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
iv. Nilai tanggungjawab
Contoh:
Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan
walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.
v. Nilai saling menghormati
Contoh;
Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika
mereka berkunjung ke rumahnya.
vi. Nilai kejujuran
Contoh;
Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar
dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.
vii. Nilai pengorbanan
Contoh:
Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.
viii. Nilai patriotik
Contoh:
Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan
menggugat keamanan negara.
ix. Nilai keimanan/ketaaatan
Contoh:
Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.
x. Nilai kecintaan
Contoh:
Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi
walaupun mereka merupakan golongan remaja.
xi. Nilai kerjasama
Contoh:
Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras
ahli kumpulan WX2.
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada
kita
Contoh:
Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang
berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan
keselamatannya.
ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar
Contoh:
Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun
rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan
Contoh:
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka
iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air
sendiri
Contoh:
Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan
di luar negara.
v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah
Contoh;
Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi
jawatankuasa di kampungnya.
vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam
Contoh:
Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat
Islam.
vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran
Contoh:
Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah
lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.
viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara
Contoh:
Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada
terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.