Jul 23, 2016

Kaedah Kajian Geografi pt3 2016

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjalanan kajian ini.
1)     Kaedah Pemerhatian :Pemerhatian dibuat melalui tinjauan dan penglihatan di …………. (kawasan kajian).     Saya telah membuat pemerhatian tentang jenis pengangkutan dan masalah     pengangkutan di …………. (kawasan kajian).
2)     Kaedah Temu Bual  :Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian bas / teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai. Melalui kaedah ini saya telah menemubual …… orang pemandu bas awam/ pemandu teksi / penumpang ..…..  untukmendapatkan maklumat tentang masalah pengangkutan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan di…………. (kawasan kajian).
3)     Kaedah Soal Selidik  :Sejumlah ……. orang penduduk tempatan telah saya temui untuk menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik yang telah disediakan. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan jenis-jenis pengangkutan, masalah pengangkutan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan di …………. (kawasan kajian).
4)     Kaedah Rujukan  :Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan sistem dan takrifan sistem pengangkutan. Maklumat berkenaan dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan rujukan tugasan Geografi PT3 2016 dan dihubungkaitkan dengan pengangkutandi …………. (kawasan kajian).

Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan

MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGANGKUTAN GEOGRAFI PT3 2016

Berikut ialah contoh-contoh cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan

LRT Dan Monorel
➡Meningkatkan kapasiti dan kecekapan LRT dan monorel
➡Penjajaran Semula Stesen
➡Pemindahan pengurusan pemilikan kepada syarikat yang lebih berdaya saing

BasMewujudkan Lebih Banyak Bas Transit Laju– Bersesuaian dengan  negara yang menghendaki peningkatan sistem bas henti-henti, khususnya berikutan perubahan keperluan penumpang dan sistem pengangkutan awam
Bas Percuma – Cadangan dimasukan ke dalam Pelan Transformasi Kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan bas percuma yang beroperasi dalam lingkungan antara bandar ke bandar strategik.
Program Penambaikan Hentian Bas – Mewujudkan satu inisiatif program untuk menaik taraf hentian bas lama dan membina hentian bas baharu yang bertaraf dunia
Teksi-Teksi Rakyat 1Malaysia – Memperluaskan lagi Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan memperbaik kualiti perkhidmatan teksi di seluruh negara
Rasionalisasi Kegiatan Lebih Muatan-Mencadangkan agar pihak yang terlibat bekerjasama dengan industri pengangkutan barangan untuk memperkemas prosedur pengendalian untuk membantu mengawal dan menguatkuasakan amalan lebih muatan
➡Perlaksanaan undang-undang yang lebih ketat ke atas pengendali pengangkutan barangan dalam usaha mengekang amalan ini
➡Mewujudkan dasar dan prosedur operasi standard untuk penguatkuasaan bagi membolehkan agensi yang berkenaan untuk menguatkuasakan undang-undang pengangkutan awam darat yang berkaitan dengan amalan lebih muatan secara konsisten
Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang
Penapis asap-Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.
Mengurangkan Kos Operasi Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan
Penggunaan Bahan Api AlternatifDalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria
Kursus Pemanduan Berhemah-Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya
Kuat Kuasa Undang-Undang Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

Masalah Bas Awam

1.Sistem pembelian tiket tidak teratur.
2.Tambang yang mahal dan tidak dipantau.
3.Pemilik kenderaan sesuka hati meletakkan tambang tidak mengikut tarif yang ditetapkan.
4.Kemudahan pengangkutan awam tidak meluas, hanya meliputi kawasan bandar/pekan sahaja.
5.Kekurangan bilangan kenderaan awam tidak dapat memenuhi permintaan penduduk tempatan yang ramai bilangannya.
6.Kewujudan kenderaan awam 'sapu' yang menyebabkan mereka yang berpermit tidak dapat mencari rezeki.
7.Stesen yang jauh dari kawasan perumahan.
8.Pemandu kenderaan awam yang tidak mesra.
9.Hak OKU bagi kenderaan awam dinafikan.Kenderaan awam yang tidak diselenggara, (kotor, dan rosak)

Apa yang dinyatakan adalah masalah yang selalu dihadapi dalam sistem pengangkutan awam di Malaysia. Anda boleh masukkan masalah-masalah di atas ke dalam kerja kursus Geografi PT3 2016 mengikut kawasan anda.

Objektif Kajian Geografi PT3

Contoh Objektif KajianTugasan Geografi PT3 2016
2.1.Menghuraikan konsep dan takrifan sistem pengangkutan dengan tepat berdasarkan sumber rujukan berserta contoh di ……………. (kawasan kajian).
2.2.Membina jadual dan graf / carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di ……………. (kawasan kajian). Jadual dan graf / carta pai berkenaan adalah relevan dengan objektif kajian 3 dan4 yang dinyatakan di bawah.
2.3.Mengenal pasti dan menghuraikan masalah-masalah pengangkutan yang dihadapi di ……………. (kawasan kajian).
2.4.Mengemukakan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di ……………. (kawasan kajian).

Jul 22, 2016

Konsep dan Takrifan

CONTOH 1

Konsep Dan Takrifan Sistem PengangkutanMenurut sumber Wikipedia, Pengangkutan atau dalam Bahasa Inggerisnya - Transport adalah merujuk kepada Kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu/ barangan dari satu tempat kesatu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa dan lain-lain seperti Pengangkutan darat, Pengangkutan laut dan Pengangkutan udara yang meliputi Pengangkutan manusia (umum dan individu) serta Pengangkutan kargo (barangan).Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,Edisi Keempat, pengangkutan boleh didefinisikan sebagai Pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan;Pengangkutan Awam pula boleh didefinasikan sebagaisistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Antara sistem pengangkutan yang terdapat adalah sistem kereta api, kereta dan lori untuk jalan darat. Jalan air/ maritim seperti Feri, kapal minyak dan bot layar manakala untuk jalan udara pula adalah seperti kapal terbang, kapal kargo dan jet persendirian. Rujukan :1.Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah,2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Percetakan Saufi Sdn. Bhd.2.Kamus Dewan (Edisi Keempat).(2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Oleh itu, Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atassetiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan rayaatau kereta motor, pengangkutan jalanudara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’.

CONTOH 2

Berikut dikongsikan Pengertian, Konsep Dan TakrifanSistem PengangkutanDiMalaysia. Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasadan Pustaka, 2007).Pengangkutan Menurut Wikipedia, Pengangkutan adalah merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah

:-1.Pengangkutan darat
2.Pengangkutan laut
3.Pengangkutan udara
Jenis pengangkutan juga dikira seperti berikut:-Pengangkutan manusia
1.Umum
2.IndividuPengangkutan kargo Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.Menurut kamus dewan dan pustaka edisikeempat (PRPM) pula, pengangkutan dapat didefinisikan sebagai pembawaan barang-barang dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengankadar tambang yang telah ditetapkan.

CONTOH 3

Konsep Dan Takrifan Sistem PengangkutanMenurut sumber Wikipedia, Pengangkutan atau dalam Bahasa Inggerisnya - Transport adalah merujuk kepada:Kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu/ barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa dan lain-lain seperti Pengangkutan darat, Pengangkutan laut dan Pengangkutan udara yang meliputi Pengangkutan manusia (umum dan individu) serta Pengangkutan kargo (barangan).undefined Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, pengangkutan juga boleh didefinisikan sebagaiSuatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat,pengangkutan jalan air dan pengangkutan jalan udaraAntara sistem pengangkutan yang terdapat adalah sistem kereta api, kereta dan lori untuk jalan darat. Jalan air/ maritim seperti Feri, kapal minyak dan bot layar manakala untuk jalan udara pula adalah seperti kapal terbang, kapal kargo dan jet persendirian.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sistem pengangkutan bermaksud sistem kenderaan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api di sesuatu kawasan. Dikawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang, terdapat pengangkutan awam seperti bas Cityliner dan teksi yang menawarkan harga yang berpatutan.Rujukan:1.Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah,2003. Buku Teks Geografi Tingkatan
2. Kuala Lumpur : Percetakan Saufi Sdn. Bhd.2.Kamus Dewan (Edisi Keempat).(2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oleh itu, Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan bolehdikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi.Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutanjalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’