Jul 23, 2016

Kaedah Kajian Geografi pt3 2016

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjalanan kajian ini.
1)     Kaedah Pemerhatian :Pemerhatian dibuat melalui tinjauan dan penglihatan di …………. (kawasan kajian).     Saya telah membuat pemerhatian tentang jenis pengangkutan dan masalah     pengangkutan di …………. (kawasan kajian).
2)     Kaedah Temu Bual  :Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian bas / teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai. Melalui kaedah ini saya telah menemubual …… orang pemandu bas awam/ pemandu teksi / penumpang ..…..  untukmendapatkan maklumat tentang masalah pengangkutan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan di…………. (kawasan kajian).
3)     Kaedah Soal Selidik  :Sejumlah ……. orang penduduk tempatan telah saya temui untuk menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik yang telah disediakan. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan jenis-jenis pengangkutan, masalah pengangkutan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan di …………. (kawasan kajian).
4)     Kaedah Rujukan  :Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan sistem dan takrifan sistem pengangkutan. Maklumat berkenaan dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan rujukan tugasan Geografi PT3 2016 dan dihubungkaitkan dengan pengangkutandi …………. (kawasan kajian).

Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan

MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGANGKUTAN GEOGRAFI PT3 2016

Berikut ialah contoh-contoh cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan

LRT Dan Monorel
➡Meningkatkan kapasiti dan kecekapan LRT dan monorel
➡Penjajaran Semula Stesen
➡Pemindahan pengurusan pemilikan kepada syarikat yang lebih berdaya saing

BasMewujudkan Lebih Banyak Bas Transit Laju– Bersesuaian dengan  negara yang menghendaki peningkatan sistem bas henti-henti, khususnya berikutan perubahan keperluan penumpang dan sistem pengangkutan awam
Bas Percuma – Cadangan dimasukan ke dalam Pelan Transformasi Kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan bas percuma yang beroperasi dalam lingkungan antara bandar ke bandar strategik.
Program Penambaikan Hentian Bas – Mewujudkan satu inisiatif program untuk menaik taraf hentian bas lama dan membina hentian bas baharu yang bertaraf dunia
Teksi-Teksi Rakyat 1Malaysia – Memperluaskan lagi Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan memperbaik kualiti perkhidmatan teksi di seluruh negara
Rasionalisasi Kegiatan Lebih Muatan-Mencadangkan agar pihak yang terlibat bekerjasama dengan industri pengangkutan barangan untuk memperkemas prosedur pengendalian untuk membantu mengawal dan menguatkuasakan amalan lebih muatan
➡Perlaksanaan undang-undang yang lebih ketat ke atas pengendali pengangkutan barangan dalam usaha mengekang amalan ini
➡Mewujudkan dasar dan prosedur operasi standard untuk penguatkuasaan bagi membolehkan agensi yang berkenaan untuk menguatkuasakan undang-undang pengangkutan awam darat yang berkaitan dengan amalan lebih muatan secara konsisten
Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang
Penapis asap-Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.
Mengurangkan Kos Operasi Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan
Penggunaan Bahan Api AlternatifDalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria
Kursus Pemanduan Berhemah-Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya
Kuat Kuasa Undang-Undang Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

Masalah Bas Awam

1.Sistem pembelian tiket tidak teratur.
2.Tambang yang mahal dan tidak dipantau.
3.Pemilik kenderaan sesuka hati meletakkan tambang tidak mengikut tarif yang ditetapkan.
4.Kemudahan pengangkutan awam tidak meluas, hanya meliputi kawasan bandar/pekan sahaja.
5.Kekurangan bilangan kenderaan awam tidak dapat memenuhi permintaan penduduk tempatan yang ramai bilangannya.
6.Kewujudan kenderaan awam 'sapu' yang menyebabkan mereka yang berpermit tidak dapat mencari rezeki.
7.Stesen yang jauh dari kawasan perumahan.
8.Pemandu kenderaan awam yang tidak mesra.
9.Hak OKU bagi kenderaan awam dinafikan.Kenderaan awam yang tidak diselenggara, (kotor, dan rosak)

Apa yang dinyatakan adalah masalah yang selalu dihadapi dalam sistem pengangkutan awam di Malaysia. Anda boleh masukkan masalah-masalah di atas ke dalam kerja kursus Geografi PT3 2016 mengikut kawasan anda.

Objektif Kajian Geografi PT3

Contoh Objektif KajianTugasan Geografi PT3 2016
2.1.Menghuraikan konsep dan takrifan sistem pengangkutan dengan tepat berdasarkan sumber rujukan berserta contoh di ……………. (kawasan kajian).
2.2.Membina jadual dan graf / carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di ……………. (kawasan kajian). Jadual dan graf / carta pai berkenaan adalah relevan dengan objektif kajian 3 dan4 yang dinyatakan di bawah.
2.3.Mengenal pasti dan menghuraikan masalah-masalah pengangkutan yang dihadapi di ……………. (kawasan kajian).
2.4.Mengemukakan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di ……………. (kawasan kajian).

Jul 22, 2016

Konsep dan Takrifan

CONTOH 1

Konsep Dan Takrifan Sistem PengangkutanMenurut sumber Wikipedia, Pengangkutan atau dalam Bahasa Inggerisnya - Transport adalah merujuk kepada Kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu/ barangan dari satu tempat kesatu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa dan lain-lain seperti Pengangkutan darat, Pengangkutan laut dan Pengangkutan udara yang meliputi Pengangkutan manusia (umum dan individu) serta Pengangkutan kargo (barangan).Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,Edisi Keempat, pengangkutan boleh didefinisikan sebagai Pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan;Pengangkutan Awam pula boleh didefinasikan sebagaisistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Antara sistem pengangkutan yang terdapat adalah sistem kereta api, kereta dan lori untuk jalan darat. Jalan air/ maritim seperti Feri, kapal minyak dan bot layar manakala untuk jalan udara pula adalah seperti kapal terbang, kapal kargo dan jet persendirian. Rujukan :1.Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah,2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Percetakan Saufi Sdn. Bhd.2.Kamus Dewan (Edisi Keempat).(2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Oleh itu, Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atassetiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan rayaatau kereta motor, pengangkutan jalanudara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’.

CONTOH 2

Berikut dikongsikan Pengertian, Konsep Dan TakrifanSistem PengangkutanDiMalaysia. Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasadan Pustaka, 2007).Pengangkutan Menurut Wikipedia, Pengangkutan adalah merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah

:-1.Pengangkutan darat
2.Pengangkutan laut
3.Pengangkutan udara
Jenis pengangkutan juga dikira seperti berikut:-Pengangkutan manusia
1.Umum
2.IndividuPengangkutan kargo Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.Menurut kamus dewan dan pustaka edisikeempat (PRPM) pula, pengangkutan dapat didefinisikan sebagai pembawaan barang-barang dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengankadar tambang yang telah ditetapkan.

CONTOH 3

Konsep Dan Takrifan Sistem PengangkutanMenurut sumber Wikipedia, Pengangkutan atau dalam Bahasa Inggerisnya - Transport adalah merujuk kepada:Kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu/ barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa dan lain-lain seperti Pengangkutan darat, Pengangkutan laut dan Pengangkutan udara yang meliputi Pengangkutan manusia (umum dan individu) serta Pengangkutan kargo (barangan).undefined Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, pengangkutan juga boleh didefinisikan sebagaiSuatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat,pengangkutan jalan air dan pengangkutan jalan udaraAntara sistem pengangkutan yang terdapat adalah sistem kereta api, kereta dan lori untuk jalan darat. Jalan air/ maritim seperti Feri, kapal minyak dan bot layar manakala untuk jalan udara pula adalah seperti kapal terbang, kapal kargo dan jet persendirian.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sistem pengangkutan bermaksud sistem kenderaan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api di sesuatu kawasan. Dikawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang, terdapat pengangkutan awam seperti bas Cityliner dan teksi yang menawarkan harga yang berpatutan.Rujukan:1.Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah,2003. Buku Teks Geografi Tingkatan
2. Kuala Lumpur : Percetakan Saufi Sdn. Bhd.2.Kamus Dewan (Edisi Keempat).(2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oleh itu, Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan bolehdikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi.Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutanjalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’

Jun 30, 2016

Rumusan pt3 sejarah

Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016
Contoh 1

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan – rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh 2

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka .

Contoh 3

Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Anda dinasihati mengubah struktur ayat bagi mengelakan plagiat.
#GoodLuck3A
#SejarahBendaMudah
#JanganPlagiat

Jun 21, 2016

Bank kerapu

Bank Kerapu

Bank Kerapu

Bank Kerapu yang kini menjadi Bangunan Memorial Peringatan Perang Dunia II.

LokasiKota BharuKelantanMalaysiaMula dibina1912FungsiBankStatusKini dijadikan sebagai Muzium Perang Dunia IIsunting

Bank Kerapu adalah merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Padang Merdeka, Kota BharuKelantan. Pada tahun 1912, bangunan ini siap dibina dan mula digunakan sebagai bank oleh "The Mercatile Bank of India Ltd". Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan.

SejarahSunting

Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu.[1]Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu.

Semasa Perang Dunia ke-II, pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat Kempai Tai, pejabat rahsia Polis Jepun.[2]Bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank. Pada tahun 1977, nama bank tersebut bertukar kepada "The Hong kong & Shanghai Banking Corporation", dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke II di Kelantan.

Bank Kerapu kiniSunting

Bermula pada tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRajaMalaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini.

Lokasi
Memorial Peperangan Dunia Ke-11 (Bangunan Bank Kerapu) terletak di atas sebidang tanah Lot No. 31 dalam Zon Budaya Kota Bharu. Luas tapak bangunan itu ialah 1,986.36 meter persegi. Kedudukannya ialah di sebelah hilir Padang Merdeka (dahulunya dikenali dengan nama Padang Bank) bersempadankan kawasan Muzium Islam di Timur dan di baratnya pula bersempadankan kompleks Pejabat Kastam, di tebing Sungai Kelantan.

Jaraknya dari pusat bandar adalah lebih kurang 0.5 kilometer. Terdapat perkhidmatan bas bandar yang melalui kawasan tersebut. Kawasan ini termasuk dalam ‘Zon Budaya’ yang mengandungi bangunan-bangunan bersejarah dan terkenal. Termasuk bangunan Majlis Agama Islam (Muzium Islam), Masjid MuhammadiIstana Jahar (Muzium Adat Istiadat Raja Diraja). Istana Balai Besar dan Istana Batu (Muzium Diraja).

Kawasan bandar Kota Bharu, terutama pusat membeli belah, Pasar Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu Kota Darulnaim, Balai Polis dan lain-lain tidak jauh dan dapat dihubungi dengan berjalan kaki, menaiki bas mini perkhidmatan dalam bandar atau teksi roda tiga (beca).

Latarbelakang

Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid yang bergelar Dato’ Sri Paduka Raja. Beliau lebih dikenali dengan Pak Nik Soh Pak Nik Ad atau disebut juga Sri Paduka Nik Yusoff atau Nik Sri Paduka. Beliau adalah seorang Pembesar Kelantan yang terkenal sejak zaman pernerintahan Sultan Ahmad (1886-1889) dan zaman Sultan Muhammad 111 (1889-1890). Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900.

Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank “The Mercantile Bank of India Limited yang membina sebuah bangunan bank cawangannya di Kelantan. Bangunan bank itu dibina dan siap serta digunakan pada tahun 1912. Pengurus yang pertama ialah Encik Muir iaitu seorang Inggeris.

Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut ‘kerapu’. Daripada itu bank tersebut telah dikenali sebagai Bank Kerapu hinggalah sekarang ini.

Bank Kerapu adalah merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Padang Merdeka Kota Bharu Kelantan. Pada tahun 1912 bangunan ini siap dibina dan mula digunakan sebagai bank oleh The Mercatile Bank of India Ltd . Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan. Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu. Semasa Perang Dunia ke-II pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat mereka. Bangunan ini juga dijadikan penjara tempat siasatan tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini bangunan ini digunakan semula sebagai bank. Pada tahun 1977 nama bank tersebut bertukar kepada The Hong kong & Shanghai Banking Corporation dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke II di Kelantan. Bermula pada tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1 000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini

Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu)

Bangunan yag diisikan dengan Peringatan Peperangan Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991 terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Bangunan ini asalnya bank The Mercantile Bank of India Limited yang beroperasi pada tahun 1912. Tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan PMNK dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah peperangan Dunia Kedua (1941-45) oleh PMNK.

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun


Bank Kerapu: World War II Memorial.

Kerapu Bank

This is a historic building located in the downstream side of Padang Merdeka, Kota Bharu , Kelantan. This building, built in 1912 was first used as a commercial bank and believed as the first building/bank opened in the state. The Mercantile Bank of India Limited, thus the name Kerapu Bank. The word ‘Kerapu’ however refers to the rough exterior walls of the building. During the Japanese Occupation from 1942 to 1945, this building was used as the headquarters of the Japanese secret police, or known as Kempetai. After the war, the building was reused as a bank.

In 1981, the first floor of the building was converted into an Art Gallery while the ground floor was used to display handicrafts. The building was turn into a memorial dedicated to the World War II in 1992 and was officially opened by the (then) Sultan of Kelantan, Sultan    Ismail Petra in 1994. Item on exhibit include artifacts, photographs and other memorabilia of the war. Meanwhile, the first floor of the building displaying the history of Modern Kelantan, its statesmen, religious roles and administration from 1900 until now.

Perhaps, this is an ideal place to begin the visit or to conduct a research of Kelantan history is at the Kerapu Bank World War II Memorial (War Museum) in Kota Bharu. It has a number of wartime memorabilia, information and artefacts of the war inside and outside of the building. Besides that, it display Kelantan-Thai history of pre-independence Malaya , and the life of the native under the British Occupation in the state before and after the war.

World War II Memorial.

Exterior view of the 'rough walls of the building' in which the building got its name.

The British warplane propeller was shot down by the Japanese Army during World War II. It was found at Royal Malay Regiment Army of 8th Battalion Camp near Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa Kota Bharu in 1996.

The Government of the Commonwealth of Australia in concert with The Government of the state of Kelantan has established this memorial to commemorate the first commitment of Australian combat units against the forces of Imperial Japan at Kota Bharu in the early hours of Monday 8th December, 1941.

The plat honouring all those who died during the engagement at Kota Bharu on December 8th, 1941.

The pillbox exhibited is a replica of particular model found along the coast of Pantai Sabak, most of them are sunken due to the coastal erosion throughout each year.

Interior view of the replica.

Two Japanese at the Memorial reminiscing their forefather's legacy.

Exclusively, I will bring to you some of epic rare color film which took place during the Japanese Occupation from December 8th, 1941  which we can see the real scenes from the landing assault in Sabak Beach, the movement in the Peninsula until the fall of Singapore to the Japanese Army on February 15th 1942


Bank Kerapu dalam tahun 60an

Bangunan ini adalah satu binaan yang unik di Kelantan, tiada bangunan di Kelantan malah seluruh Malaysia seperti bangunan ini. Sejarahnya juga panjang dan ia wujud selepas Residen British mula campur tangan dalam pentadbiran Kesultanan Kelantan. Ia terletakhilir Padang Merdeka, Kota Bharu, siap di bina pada 1912 dan dioperasikan sebagai bank moden yang pertama di Kelantan oleh The Mercantile Bank of India Ltd.

Bank ini dibina di atas tanah milik Nik Yussof bin Nik Abdul Majid, seorang ketua tempatan. Pembinaan bank ini sebenarnya merupakan bangunan yang pertama di kelantan dibina menggunakan konkrit. Masyarakat tempatan mengenal bank ini sebagai Bank Kerapu berikutan dindingnya disimen dengan batu bata kecil hingga menampakkan dindingnya tidak rata dan menggerutu, dari sinilah bangunan bank ini mendapat gelarannya.

Semasa Pendudukan Jepun pada tahun 1942-1945, bangunan ini telah dijadikan sebagai ibu pejabat Kempetai oleh pasukan polis rahsia tentera Jepun. Selain itu, bangunan ini juga dijadikan penjara, balai siasatan, kem penderaan, dan lain-lain aktiviti keganasan mereka semasa berada di Kelantan. Selepas Perang Dunia keDua tamat, British kembali semula ke Kelantan dan bangunan ini telah dibersihkan kembali dan digunakan semula sebagai bank.

Pada 1977, The Hong Kong and Shanghai Bank Corporation (HSBC) telah beroperasi di bangunan bersejarah itu sehinggalah tahun 1981 bangunan ini diambil alih pihak kerajaan dan dijadikanBalai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan.Sebelas tahun kemudian iaitu pada 1992, bangunan ini telah diserahkan kepada Perbadanan Muzium Kelantan dan dijadikanMuzium Perang Dunia Ke-2 di Kelantan sehingga hari ini.

Bangunan ini sememangnya tidak akan dijumpai yang sama seakannya, kerana ia dibina khusus sebagai bank, pastilah ia dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi pada era tersebut. Tercatat bahawa ia adalah bangunan pertama yang dibina dari konkrit di Kelantan sementara bangunan pada era tersebut dibina dari kayu. Selain itu dindingnya juga menggerutu hingga dijolok dengan nama Kerapu dan pastilah ia tidak elok berkemungkinan besar ia dibuat sedemikian untuk mengelakkan dari dipanjat orang serta menghindari dari orang ramai untuk merapati bangunan tersebut.

Namun begitu, pembinaan Bank Kerapu ini bukanlah yang pertama sebenarnya, sebelum kedatangan British, Kelantan telah mempunyai sistem keewangan yang tersendiri dikenali sebagai Pitis Kelantan. Ikuti artikel kami selanjutnya Sistem Kewangan dan Perbankan di Kelantan wujud semenjak 1890.



Bank Kerapu, fungsinya kini sebagai Muzium Peringatan Perang Dunia Kedua