Jul 23, 2016

Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan

MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGANGKUTAN GEOGRAFI PT3 2016

Berikut ialah contoh-contoh cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan

LRT Dan Monorel
➡Meningkatkan kapasiti dan kecekapan LRT dan monorel
➡Penjajaran Semula Stesen
➡Pemindahan pengurusan pemilikan kepada syarikat yang lebih berdaya saing

BasMewujudkan Lebih Banyak Bas Transit Laju– Bersesuaian dengan  negara yang menghendaki peningkatan sistem bas henti-henti, khususnya berikutan perubahan keperluan penumpang dan sistem pengangkutan awam
Bas Percuma – Cadangan dimasukan ke dalam Pelan Transformasi Kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan bas percuma yang beroperasi dalam lingkungan antara bandar ke bandar strategik.
Program Penambaikan Hentian Bas – Mewujudkan satu inisiatif program untuk menaik taraf hentian bas lama dan membina hentian bas baharu yang bertaraf dunia
Teksi-Teksi Rakyat 1Malaysia – Memperluaskan lagi Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan memperbaik kualiti perkhidmatan teksi di seluruh negara
Rasionalisasi Kegiatan Lebih Muatan-Mencadangkan agar pihak yang terlibat bekerjasama dengan industri pengangkutan barangan untuk memperkemas prosedur pengendalian untuk membantu mengawal dan menguatkuasakan amalan lebih muatan
➡Perlaksanaan undang-undang yang lebih ketat ke atas pengendali pengangkutan barangan dalam usaha mengekang amalan ini
➡Mewujudkan dasar dan prosedur operasi standard untuk penguatkuasaan bagi membolehkan agensi yang berkenaan untuk menguatkuasakan undang-undang pengangkutan awam darat yang berkaitan dengan amalan lebih muatan secara konsisten
Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang
Penapis asap-Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.
Mengurangkan Kos Operasi Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan
Penggunaan Bahan Api AlternatifDalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria
Kursus Pemanduan Berhemah-Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya
Kuat Kuasa Undang-Undang Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

21 comments:

  1. thank youu banyak2!! selamat saya utk siapkan kerja khursus ini ! setelah kekeringan idea :)!!!

    ReplyDelete
  2. Mmng bagus lah
    Banyak idea boleh dpt dari maklumat ni
    Harap banyak kan lagi lah
    Benda mcm ni

    ReplyDelete
  3. kalau masalahnya jadual operasi tidak tetap, apa cadangannya ye?

    ReplyDelete
  4. shit lahh this app nothing also shit

    ReplyDelete
  5. Maklumat yang saya dapat kurang memuaskan

    ReplyDelete
  6. Yes...i get it..thank uu..settle kerja lapangan geo sya..

    ReplyDelete
  7. bagus....btw follow ig sye @adrianshy_3

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah,Dapat siapkan kerja kursus saya ,terima kasih!!

    ReplyDelete
  9. Maklumat ini sangat membantu utk menyiapkan kerja lapangan saya! Thank you

    ReplyDelete