Jul 23, 2016

Kaedah Kajian Geografi pt3 2016

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjalanan kajian ini.
1)     Kaedah Pemerhatian :Pemerhatian dibuat melalui tinjauan dan penglihatan di …………. (kawasan kajian).     Saya telah membuat pemerhatian tentang jenis pengangkutan dan masalah     pengangkutan di …………. (kawasan kajian).
2)     Kaedah Temu Bual  :Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian bas / teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai. Melalui kaedah ini saya telah menemubual …… orang pemandu bas awam/ pemandu teksi / penumpang ..…..  untukmendapatkan maklumat tentang masalah pengangkutan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan di…………. (kawasan kajian).
3)     Kaedah Soal Selidik  :Sejumlah ……. orang penduduk tempatan telah saya temui untuk menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik yang telah disediakan. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan jenis-jenis pengangkutan, masalah pengangkutan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan di …………. (kawasan kajian).
4)     Kaedah Rujukan  :Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan sistem dan takrifan sistem pengangkutan. Maklumat berkenaan dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan rujukan tugasan Geografi PT3 2016 dan dihubungkaitkan dengan pengangkutandi …………. (kawasan kajian).

1 comment: